Rabu, 05 November 2008

Persahabatan


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang
Persahabatan.

Dan dia menjawab: Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti
dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan
penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau
menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila
dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata
“Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.Dan bilamana
dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan
kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan
bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.Di kala berpisah
dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam
dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung
bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan
tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh
kejiwaan.Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya,
bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada
diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus
tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa
sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam
membunuh waktu?Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!Kerana dialah
yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.Dan dalam manisnya
persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..Kerana
dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar
kehidupan.


~ Khalil Gibran

Tidak ada komentar: